www.mamboteam.com
Portal Surau An-Nur Bandar Puteri Klang  
Utama arrow Pembinaan Masjid
Wednesday, 08 September 2010
 
 
logo_surau.jpg Bookmark and Share
Masa Anda
Menu Utama
Utama
Sejarah
Peta Lokasi
Jawatankuasa
Pembinaan Masjid
Catatan Aktiviti
Galeri 3
Pengumuman
Tazkirah
Kalendar
Buletin An-Nur
Mesyuarat
Pautan
Iklan
eGroups
Nasyid
Kisah Tauladan
Borang
Tahukah Anda ?
Selawat / Rasulullah
Bacaan Al-Quran
Rakaman Kuliah
Hadis 40
Download NFSP!

Hadis 2 Hadis Kedua: Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana. Sipemuda : Benar katamu.( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya ) Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ? Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. ( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui. Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. (Hadis Riwayat Muslim)

Bil Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini73
mod_vvisit_counterSemalam103
mod_vvisit_counterMinggu Ini275
mod_vvisit_counterBulan Ini707
Tabung Pembinaan Masjid

TABUNG PEMBINAAN MASJID BANDAR PUTERI KLANG

Sumbangan untuk Tabung Pembinaan Masjid Bandar Puteri Klang boleh dibuat secara

1. Tunai - kepada Jawatankuasa Tabung
2. Cek - atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Puteri Klang
3. Memasukkan terus ke akaun Bank Islam bernombor 12-065-01-003055-9 (cawangan USJ)

Segala sumbangan tuan-tuan kami ucapkan terima kasih. Semoga Allah memberi rahmat kepada tuan-tuan dan memberi keberkatan kepada harta tuan-tuan.

Masjid Bandar Puteri Klang
Flyers & Borang
flyers_masjid_s-1.jpg
flyers_masjid_s-2.jpg
 
Pembinaan Masjid PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh nzbahar   
Tuesday, 06 June 2006

Latar Belakang

Bandar Puteri Klang merupakan sebuah penempatan baru yang terletak diatas tanah Lot 6674 (CT 153561) yang meliputi kawasan seluas 393.39 ekar. Kedudukan stretegik ditepi kiri dan kanan lebuh raya KESAS dengan anggaran sebanyak 4333 buah rumah kediaman dan 299 buah rumah kedai dan lot-lot perniagaan telah, sedang dan akan dibina mulai tahun 2000 sehingga tahun 2015. Sehingga kini jumlah rumah penduduk muslim kira-kira 400 buah rumah dan dianggarkan lebih 1000 penduduk muslim dewasa.

Pembinaan masjid di Bandar Puteri Klang ini adalah amat penting bagi penduduk Bandar Puteri dan penduduk sekitar terutamanya untuk solat Jumaat, solat waktu dan kuliah-kuliah agama.

Masjid yang dianggarkan bernilai RM 6.5 juta ini dijangka akan dimulakan pembinaan pada tahun 2007 / 2008 dan dana pembinaan masjid ini akan lebih tertumpu kepada sumbangan orang ramai, sumbangan korporat dan sumbangan dari pihak kerajaan. InsyaAllah, masjid yang boleh menampong seramai 1466 orang jemaah ini dijangka siap pada tahun 2009 / 2010.


Pengumpulan Dana

Beberapa cadangan pengumpulan dana telah dan sedang berjalan,

1. Menyewakan tapak masjid secara berkala kepada syarikat jualan kereta untuk dijadikan stor.
2. Mebuat dan menjual CD ceramah agama.
3. Mengadakan Ceramah Perdana
4. Memohon sumbangan dari penduduk sekitar, korporat, persatuan dan juga pihak kerajaan.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan dari tuan-tuan bagi pengumpulan dana ini. E-mailkan cadangan tuan-tuan ke Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya .

 

Kerja Awalan

Dianggarkan sebanyak RM 50,000.00 adalah diperlukan untuk kerja-kerja awalan termasuklah kos penyedian plan dan lain-lain kerja awalan bagi membina bangunan masjid nanti.


Sumbangan

Di sini kami merayu kepada semua penduduk Bandar Puteri Klang, penduduk sekitar, badan korporat, persatuan dan juga pihak kerajaan agar dapat memberi sumbangan bagi menampung kos-kos awalan dan kos pembinaan masjid nanti.

Sumbangan boleh dibuat melalui cek atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Puteri Klang atau dengan menyerahkan wang tunai kepada Jawatankuasa yang dilantik atau melalui akaun Bank Islam atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Puteri Klang dengan nombor akaun 12-065-01-003055-9 (cawangan USJ)

Terakhir dikemaskini ( Monday, 23 July 2007 )
 
Aktiviti Terdekat
 
Top! Top!