Tazkirah
Surau An-Nur
Pembinaan Masjid
Badan Khairat
Maulidur Rasul
Solat Jumaat
Maal Hijrah
Quran Terjemahan
Multimedia
Pelawat
Sumbangan tuan/puan boleh dimasukkan ke dalam no akaun berikut:
- Tabung Surau An-Nur Bandar Puteri Klang: 240-202-200-125-2 (Ambank BPK)
- Tabung Pembinaan Masjid Bandar Puteri Klang: 12-065-01-003055-9 (Bank Islam USJ) & 240-202-200-245-8 (Ambank BPK)
Ceramah Perdana Israk & Mikraj II
Bandar Puteri Klang (BPK) - Surau An-Nur BPK telah mengadakan Ceramah Perdana Israk & Mikraj II selepas solat Maghrib pada 2hb Julai 2011 bersamaan 30 Rejab 1432M yang lalu.
Penceramah jemputan pada hari itu ialah Ust. Shahrul Azmi Bin Sidek (penulis buku agama & motivasi) yg membawa ceramah bertajuk "Israk dan Mikraj, apakah hadiah di sebalik hadiah agung ini?”. Intipati ceramah di kupas dari sudut yang berbeza dengan memberi pemahaman yg lebih mendalam tentang hikmah Israk dan Mikraj diberi kepada Rasulullah hingga ada yang tersentuh dan mengalirkan airmata.
Pada malam tersebut pihak surau An-Nur BPK juga menjemput tetamu istimewa yang terdiri dari pelajar-pelajar dari Institut Taufiq Islami [ITI] Klang, ibu tunggal bersama anak masing-masing serta muslimin & muslimat BPK.
Bukan setakat mendengar ceramah, para tetamu juga di saji dengan jamuan makan malam yang cukup istimewa.
Hidangan paling istimewa pada malam itu ialah kambing masak kerutuk yang menjadi pilihan utama para jemaah. Selain itu ada roti canai, cucur udang, keropok lekor, ikan bakar dan mee kari. Buah tembikai juga disediakan sebagai pencuci mulut.
Hidangan utama pada malam tersebut adalah sumbangan Sdr Shahrazie dari Jalan Pending 1B yang telah menyumbangkan 2 ekor kambing utk tujuan aqikah anak beliau. Beras yang disumbangkan kepada pelajar-pelajar tahfiz pula adalah dari bayaran fidyah oleh Sdr Saidi dari Jalan Pending untuk anak beliau yang baru meninggal dunia baru-baru ini.
Majlis berakhir lebih kurang pukul 10.30mlm diikuti kerja-kerja pembersihan yang selesai sekitar pukul 12 tengah malam.
Catatan aktiviti oleh : Zaza BPK
Aktiviti Terdekat
23.02.2012 8:00 pm -
9:00 pm
Kuliah Bulanan Ust Dr Hj Mohd Ali Al-hafiz (Penghayatan Al-Quran)
24.02.2012 12:30 pm -
1:00 pm
Tazkirah Jumaat oleh Imam Bertugas
24.02.2012 1:00 pm -
2:00 pm
Khutbah & Solat Jumaat
24.02.2012 8:00 pm -
9:00 pm
Kuliah Bulanan Ust Ibrahim (Hadis)


